textspace


Tuesday, 28 February 2012

-ISTIMEWA-

Assalamualaikum..
Sekolah lain mungkin sedang bercuti hari Sabtu ini tetapi sekolah kami masih  akan' beroperasi'.Sekolah kami akan menjalankan minggu peperiksaan Bulanan Mac ini...Kalau difikir-fikirkan sekolah kami ini boleh dikatakan istimewa juga..Sebabnya kalau pelajar-pelajar lain mungkin sedang beristirehat di rumah bersama keluarga tersayang...Sedang buat kerja rumah yang berlonggok...Tetapi tidak mengapa kerana itu masih dikira sebagai aktiviti yang berfaedah juga..Tolong ibu bapa,abang-abang,kakak-kakak,adik-adik dan lain-lain....Itu kan dikira pahala...Pahala bukan selalunya mudah dicari atau dikumpul...Tetapi dosa mudah dicari..BUKANKAH BEGITU.?Di kesempatan ini,kami ingin memberikan saranan dan kata-kata semangat kepada warga AlMashoor(P) ..Tambahan pula ini sudah menghampiri musim peperiksaan...

"Jika anda berhasrat untuk berjaya.jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki         tangga tersebut"
-HAMBA ALLAH-

RENUNG-RENUNGKANLAH.....
Sekian....
                                       

Ab0uT 0uR Sch0oL..



Add caption
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....
SMKA (P) Al-Mashoor merupakan sebuah sekolah yang agak tegas...Nama yang diberikan pun sek.agama mestilah peraturannya agak ketat... Walaubagaimanapun,pelajar-pelajar di sek.ini tetap ceria dan bersemangat waja..Insya-Allah!
Meskipun ada kemungkinan sesetengah orang yang mengatakan kalau sekolahnya strict mestilah pelajarnya serius dan sombong..Jadi di sini kami ingin memperbetulkan pandangan orang lain terhadap pelajar sekolah kami ini.. Dan tidak lupa juga mungkin akan ada orang yang mengatakan kalau pelajar sekolah agama ini mesti seperti alim atau malu terlampau dan dianggap seperti ustazah-ustazah memandangkan para pelajarnya mempunyai penampilan ala Muslimah...RENUNG-RENUNGKAN KATA-KATA INI:-
          "Berhati-hatilah dengan kemarahan seseorang yang sedang bersabar"
Tetapi tidak bermaksud kami marah dengan orang yang memanggil kami dengan gelaran Ustazah.Tambahan lagi,lagilah seronok dan gembira hati kami kalau ada yang memanggil kami dengan gelaran Ustazah..Mudah-mudahan gelaran Ustazah yang orang berikan kepada kami akan menjadi realiti..Amin!

Okay,kita kembali kepada perkara yang kami ingin berkongsi dengan semua warga Blogger..
Di sini kami ingin berkongsi juga mengenai salah satu keistimewaan sekolah kami yang sukar untuk dicari di sekolah-sekolah lain ialah pada setiap pagi,sekolah kami akan mengadakan tadarus secara berkumpulan..Dengan begini,dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakan...Mengenai infrastruktur di sekolah kami ini, ianya  mempunyai tiga tingkat,seperti sekolah-sekolah lain..Bangunannya terbahagi pulak kepada tiga blok...Dan bentuk bangunan sekolah kami ialah berbentuk U..Sekolah kami dilengkapi dengan kemudahan asas seperti di sekolah-sekolah lainlah..Seperti bilik guru,perpustakaan,tandas di setiap aras,dewan,kantin,bilik darjah,bengkel KH,bilik ICT dan gelanggang.Bercerita tentang gelanggang sekolah kami,ianya agak kecil dan agak sempit..Tetapi kami sangat bersyukur meskipun ada gelanggang sekecil itu..Lebih baik ada daripada tiada langsung..Buat pengetahuan semua sekolah kami terletak di Medan Lim Cheing Teik berhampiran dengan Jalan Burma,Georgetown di dalam daerah Timur Laut Pulau Pinang,Malaysia...



 Bercerita tentang guru-guru di sekolah ini pula,semuanya komited terhadap tanggungjawab masing-masing..Meskipun bilangan guru agak kurang iaitu hanya sebanyak lingkungan 50-60 sahaja,mereka tetap bersabar untuk memberi didikan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar mereka iaitu seramai 500-570 pelajar...Terima kasih di atas segala tunjuk ajar para guru SMKA(P)AlMashoor....Semoga hidup anda akan diberkati Allah...







Inilah wajah pengetua yang memimpin SMKA(P)AlMashoor sehingga sekolah ini membangun dan terbaik dalam pandangan orang luar.. 
Inilah Puan Hajah Solehah binti Awang..+-^




Sekian,daripada kami berdua,semoga menjadi tatapan semua warga Blogger..
Yang baik dan sempurna itu datangnya daripada Allah S.W.T,dan yang buruk dan lemah datang daripada diri kami sendiri...Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...Mudah-mudahan hidup anda semua disinari kebahagiaan...><