Assalamualaikum w.b.t...Hari ini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai sekolah tercinta...
Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor
mula diasaskan atas kesedaran segolongan
bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang
akan anak-anak yang kurang mendapat
didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan
tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan
khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah
agama.

Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama
semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah
agama yang dikenali dengan nama Madrasah
Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu
Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-
Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar
pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi.

Madrasah ini terus mendapat sokongan yang
menggalakkan dan pada tahun 1918 telah
berpindah ke kawasan yang lebih besar di
Kampung Jawa Lama, dengan nama
Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena
nama Tuan Habib Al Mashoor, seorang
penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada
masa itu.

Pada tahun 1920, Madrasah ini telah
berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak
sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik.
Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku
dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2
dikenakan kepada setiap pelajar.
berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak
sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik.
Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku
dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2
dikenakan kepada setiap pelajar.
Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al
Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan
dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah
setelah British kembali ke Tanah Melayu.
Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk
mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan
asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan.

Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM
Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al
Mashoor, beliau telah berjanji akan
mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua
buah sekolah.Sebuah jawatankuasa binaan
telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja
keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-
waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin
mewakafkan sekeping tanah dan rumah di
Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan.
Pada tahun 1979,Kementerian Pelajaran telah
mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki
dan perempuan dan telah mendirikan sebuah

bangunan baru di Jalan Air Itam untuk
pelajar lelaki.
pelajar lelaki.
Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih
SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk
membina bangunan baru bagi menggantikan
bangunan lama yang telah uzur dan tidak
dapat menampung bilangan pelajar yang
semakin bertambah.
SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk
membina bangunan baru bagi menggantikan
bangunan lama yang telah uzur dan tidak
dapat menampung bilangan pelajar yang
semakin bertambah.
Sementara menanti bangunan baru siap,
pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA
(L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun
1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar
perempuan mula berpindah ke bangunan baru
dan tersergamlah bangunan Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan)
Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau
Pinang.

VISI SEKOLAH:SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.
MISI:Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.
MOTO:Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN:Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak.
Lencana SMKA(P)AlMashoor.
- Simbol buku:Mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.Jika kita berusaha belajar,kita akan memperoleh kejayaan.
- Simbol obor:Cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah.Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran.
- Simbol pohon padi:Semakin besar,semakin berisi dan berguna yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi,semakin cerah masa depan.Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan.
- Simbol bulan sabit&bintang:Lambang agama Islam.
- Simbol tahun 1916:Tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama.
- Kuning:Warna diraja;lambang kemuliaan.
- Merah:Bersemangat waja.
- Putih:Motif niat yang suci.
- Hijau:Warna keislaman.
Assalamualaikum w.b.t.=_=