textspace


Wednesday, 27 June 2012

SEJARAH SMKA(P)AlMASHOOR


Assalamualaikum w.b.t...Hari ini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai sekolah tercinta...

Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor   


mula diasaskan atas kesedaran segolongan 


bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang 


akan anak-anak yang kurang mendapat 


didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan


 tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan 


khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah


 agama. 

Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama 


semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah


 agama yang dikenali dengan nama Madrasah


 Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu


 Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-


Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar


 pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi.



Madrasah ini terus mendapat sokongan yang


 menggalakkan dan pada tahun 1918 telah 


berpindah ke kawasan yang lebih besar di


 Kampung Jawa Lama, dengan nama


 Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena 


nama Tuan Habib Al Mashoor, seorang


 penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada 


masa itu.


Pada tahun 1920, Madrasah ini telah 


berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak 


sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. 


Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku 




dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2




dikenakan kepada setiap pelajar.


Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al


 Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan 


dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah 


setelah British kembali ke Tanah Melayu. 


Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk 


mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan 


asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. 




Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM


Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al 


Mashoor, beliau telah berjanji akan


mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua


buah sekolah.Sebuah jawatankuasa binaan 


telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja 


keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-


waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin 


mewakafkan sekeping tanah dan rumah di 


Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. 








Pada tahun 1979,Kementerian Pelajaran telah


mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki


dan perempuan dan telah mendirikan sebuah
bangunan baru di Jalan Air Itam untuk


 pelajar lelaki.


Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih


 SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk 


membina bangunan baru bagi menggantikan


bangunan lama yang telah uzur dan tidak 


dapat menampung bilangan pelajar yang


semakin bertambah. 





Sementara menanti bangunan baru siap, 

pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA


(L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun


 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar


perempuan mula berpindah ke bangunan baru 


dan tersergamlah bangunan Sekolah


Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan)


Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau


Pinang.


VISI SEKOLAH:SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.
MISI:Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.
MOTO:Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN:Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak.
                                              
     Lencana SMKA(P)AlMashoor.
  • Simbol buku:Mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.Jika kita berusaha belajar,kita akan memperoleh kejayaan.
  • Simbol obor:Cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah.Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran.
  • Simbol pohon padi:Semakin besar,semakin berisi dan berguna yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi,semakin cerah masa depan.Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan.
  • Simbol bulan sabit&bintang:Lambang agama Islam.
  • Simbol tahun 1916:Tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama.
                 Warna:-
  • Kuning:Warna diraja;lambang kemuliaan.
  • Merah:Bersemangat waja.
  • Putih:Motif niat yang suci.
  • Hijau:Warna keislaman.

Sekian sahaja daripada kami...Kami berharap informasi yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada semua...

Assalamualaikum w.b.t.=_=





No comments:

Post a Comment