Pada tanggal 16 Mei pada setiap tahun, merupakan hari yang bersejarah dan sangat bermakna bagi setiap guru di seluruh Malaysia...
Terima kasih guru,
Di atas segala curahan ilmumu kepada kami...
Engkau tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam menjalankan tanggungjawabmu sebagai pendidik anak bangsa...
Meskipun kepenatan menyelubungi dirimu,engkau akan tetap berjuang untuk memberikan perkara mahupun ilmu yang baharu kepada anak-anak muridmu...
Tahniah dan syabas buat semua guru di seluruh Malaysia terutamanya buat warga guru di SMKA(P)AlMashoor...
Engkau masih bertahan dengan sikap dan karenah anak-anak muridmu...
TERIMA KASIH,CIKGU!TERIMA KASIH,CIKGU!TERIMA KASIH,CIKGU!!!!!!
Junjungan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda...
Demikianlah bunyinya...
“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
(HR. Muslim)
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.
(HR al-Tarmizi)
Lihatlah betapa tingginya pahala dan ganjaran seorang guru...
Ilmu yang dicurahkan oleh para guru sepanjang hayat seseorang pelajar itu dapat dibawa sekali ketika pelajar itu sudah meninggal dunia...
Sehinggakan kebaikan insan yang bernama guru ini turut didoakan oleh haiwan meliputi di darat dan di laut...SUBHANALLAH!
Di kesempatan ini,kami ingin menyusun sepuluh jari-jemari kami untuk memohon beribu-ribu kemaafan sekiranya kami ada terkasar bahasa mahupun menyakiti atau menyinggung perasaan guru-guru...
Jasamu guru pasti akan kami kenang sehingga ke akhir hayat kami...
Semoga semua guru di luar sana diberkati hidupnya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhrat...
AMIN!!!
Sekian,daripada kami.....
No comments:
Post a Comment