textspace


Wednesday, 18 July 2012

ActiVity 1

Assalamualaikum w.b.t....
kami nak minta maaf sebab kami tak edit pun aktiviti sekolah kami..
so,..sorry sesangat sebab tak berapa tahu menahu apa yang terjadi kat sekolah kami..
tapi baru-baru ni,.
sekolah kami hantar wakil untuk pertandingan dalam karnival sains dan teknologi..
antara pertandingan yang sekolah kami sertai =
EEC (Efficiency Energy Solar), Inovasi, dan saintis muda..
kami mendapat tempat ketiga dalam EEC..
tapi agak mengecewakan sebab sekolah kami sebelum ni dapat johan..
hmm,..tak pe lah,dah rezeki.. asalkan dapat nombor juga..
ok,..tak pe lah nak 'bye2' dulu.. BYE~!!

Wednesday, 27 June 2012

SEJARAH SMKA(P)AlMASHOOR


Assalamualaikum w.b.t...Hari ini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai sekolah tercinta...

Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor   


mula diasaskan atas kesedaran segolongan 


bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang 


akan anak-anak yang kurang mendapat 


didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan


 tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan 


khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah


 agama. 

Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama 


semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah


 agama yang dikenali dengan nama Madrasah


 Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu


 Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-


Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar


 pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi.



Madrasah ini terus mendapat sokongan yang


 menggalakkan dan pada tahun 1918 telah 


berpindah ke kawasan yang lebih besar di


 Kampung Jawa Lama, dengan nama


 Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena 


nama Tuan Habib Al Mashoor, seorang


 penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada 


masa itu.


Pada tahun 1920, Madrasah ini telah 


berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak 


sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. 


Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku 




dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2




dikenakan kepada setiap pelajar.


Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al


 Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan 


dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah 


setelah British kembali ke Tanah Melayu. 


Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk 


mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan 


asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. 




Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM


Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al 


Mashoor, beliau telah berjanji akan


mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua


buah sekolah.Sebuah jawatankuasa binaan 


telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja 


keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-


waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin 


mewakafkan sekeping tanah dan rumah di 


Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. 








Pada tahun 1979,Kementerian Pelajaran telah


mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki


dan perempuan dan telah mendirikan sebuah
bangunan baru di Jalan Air Itam untuk


 pelajar lelaki.


Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih


 SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk 


membina bangunan baru bagi menggantikan


bangunan lama yang telah uzur dan tidak 


dapat menampung bilangan pelajar yang


semakin bertambah. 





Sementara menanti bangunan baru siap, 

pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA


(L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun


 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar


perempuan mula berpindah ke bangunan baru 


dan tersergamlah bangunan Sekolah


Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan)


Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau


Pinang.


VISI SEKOLAH:SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.
MISI:Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.
MOTO:Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN:Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak.
                                              
     Lencana SMKA(P)AlMashoor.
  • Simbol buku:Mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.Jika kita berusaha belajar,kita akan memperoleh kejayaan.
  • Simbol obor:Cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah.Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran.
  • Simbol pohon padi:Semakin besar,semakin berisi dan berguna yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi,semakin cerah masa depan.Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan.
  • Simbol bulan sabit&bintang:Lambang agama Islam.
  • Simbol tahun 1916:Tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama.
                 Warna:-
  • Kuning:Warna diraja;lambang kemuliaan.
  • Merah:Bersemangat waja.
  • Putih:Motif niat yang suci.
  • Hijau:Warna keislaman.

Sekian sahaja daripada kami...Kami berharap informasi yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada semua...

Assalamualaikum w.b.t.=_=





SELAMAT HARI GURU!

Assalamualaikum w.b.t..
Pada tanggal 16 Mei pada setiap tahun, merupakan hari yang bersejarah dan sangat bermakna bagi setiap guru di seluruh Malaysia...


Terima kasih guru,
Di atas segala curahan ilmumu kepada kami...
Engkau tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam menjalankan tanggungjawabmu sebagai pendidik anak bangsa...
Meskipun kepenatan menyelubungi dirimu,engkau akan tetap berjuang untuk memberikan perkara mahupun ilmu yang baharu kepada anak-anak muridmu...


Tahniah dan syabas buat semua guru di seluruh Malaysia terutamanya buat warga guru di SMKA(P)AlMashoor...
Engkau masih bertahan dengan sikap dan karenah anak-anak muridmu...


TERIMA KASIH,CIKGU!TERIMA KASIH,CIKGU!TERIMA KASIH,CIKGU!!!!!!


Junjungan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda...
Demikianlah bunyinya...
 “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
                            (HR. Muslim)


Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.


                          (HR al-Tarmizi)


Lihatlah betapa tingginya pahala dan ganjaran seorang guru...
Ilmu yang dicurahkan oleh para guru sepanjang hayat seseorang pelajar itu dapat dibawa sekali ketika pelajar itu sudah meninggal dunia...
Sehinggakan kebaikan insan yang bernama guru ini turut didoakan oleh haiwan meliputi di darat dan di laut...SUBHANALLAH!

Di kesempatan ini,kami ingin menyusun sepuluh jari-jemari kami untuk memohon beribu-ribu kemaafan sekiranya kami ada terkasar bahasa mahupun menyakiti atau menyinggung perasaan guru-guru...
Jasamu guru pasti akan kami kenang sehingga ke akhir hayat kami...
Semoga semua guru di luar sana diberkati hidupnya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhrat...

AMIN!!!


Sekian,daripada kami.....

Wednesday, 2 May 2012

*SEMOGA BERJAYA UNTUK SEMUA*

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM MUHIBBAH...


Di sini kami ingin berkongsi mengenai Peperikasaan Pertengahan Tahun yang akan dijalankan pada 14 hingga 18 MEI 2012..Rasa peperiksaan ini terlalu cepat dan pantas sekali,kerana sekolah kami boleh dikatakan baru sahaja selesai Ujian Bulanan Mac..Tetapi lebih baik disegerakan daripada dilambat-lambatkan..Lagipun otak para pelajar sekarang ini masih 'fresh'...Insya-Allah tidak mudah lupa..Tetapi boleh dikatakan banyak jugalah kerja rumah yang diberikan namun boleh dijadikan sebagai bahan untuk melakukan ulangkaji atau'revision'...
Kita mestilah bijak mengguna dan memanfaatkan saki-baki waktu yang masih ada ini..


Janganlah mudah berputus asa apabila belum selesai mengulangkaji pelajaran kerana itu hanya merugikan diri kita sendiri dan perbuatan yang paling sia-sia dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang pelajar..Kuatkan semangat dan majukan diri ke hadapan...Lupakan 'result-result'yang tidak baik dalam peperiksaan yang lalu..Fikir ke hadapan dan terus maju...'Result-result"yang lalu janganlah terus dilupakan dan tidak dijadikan teladan pula ye..Bagi yang mendapat 'result-result' yang baik janganlah pula lupa diri dan bersikap angkuh...Tetapi teruskan lagi kejayaan yang cemerlang itu...Dan jadikannya lebih baik dan lebih-lebih baik lagi hinggalah ianya menjadi yang TERBAIK!


Buat pelajar warga SMKA(P)AlMashoor,teruskan perjuangan anda dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan menjelang tidak lama lagi..Jangan lalai dan leka...Banyak berusaha disamping doa dan tawakal kepada-NYA...


G00d LuCk>-<
           To       :All people who are going to have examination....
Sincerely from:Two anonymous people...


Be a strong people not a weak people.. Your enemies who see your weakness will always laugh towards you...


Maaflah kalau penggunaan bahasa Inggeris kami ini agak lemah and kalau ada salah tolonglah dan kami sangat mengalu-alukan teguran tersebut....


Sekian,terima kasih..
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...+-+

SALAM MUHIBBAH DAN SANTAI..

Assalamaualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....
Salam pertemuan!Sudah lama kami tidak menghantar postings yang baru...Almaklumlah,ada sedikit masalah teknikal..Di sini kami ingin berkongsi saat-saat manis sekolah kami...Iaitu kemenangan sekolah kami dalam Pertandingan Debat di peringkat negeri..Alhamdulillah pada hari ini,pasukan bahas sekolah kami sedang berhempas-pulas untuk memenangi pertandingan ini di peringkat kebangsaan pula..Bertempat di Skudai,Johor
Bahru..Pertandingan akan berlangsung selama lima hari,iaitu bermula daripada hari ini 2/5 hingga 5/5..Semoga kalian mengecapi kejayaan di sana dan semoga selamat tiba di sana...

Tidak lupa juga buat pasukan kawad kaki KRS sekolah kami telah memenangi pertandingan kawad kaki dan akan meneruskan perjuangan mereka lagi....Semoga berjaya dan mendapat kejayaan yang cemerlang..

Setakat ini sahaja coretan kami dalam posting kali ini..Kami berharap kami akan mendapat lebih banyak sambutan dan mendapat lebih ramai kenalan melalui laman web Blogger ini..Sekiranya ada apa-apa yang hendak dikongsi bersama kami,'Kecil tapak tangan,nyiru kami tadahkan'...Insya-Allah,kami sedia membantu dan mendengarnya....Sekian,Assamualaikum w.b.t & salam muhibbah...*-*

Tuesday, 17 April 2012

PERTANDINGAN...

Assalamualaikum w.b.t...untuk pengetahuan kalian,sekolah kami telah menyertai banyak pertandingan dan,Alhamdulillah,kami juga telah menjuarai pertandingan-pertandingan yang disertai itu...berikut merupakan pertandingan-pertandingan yang disertai oleh sekolah kami:-
  • debat
  • syarahan 
  • hafazan Al-Qur'an
  • tilawah Al-Qur'an
  • choral speaking
  • olahraga-lompat tinggi dan lompat jauh.
  • teater komsas 
  • kem PKBM
  • kawad PBSM
  • kawad KRS
  • kem BOMBA

demikianlah antara pertandingan yang disertai oleh sekolah kami..Namun begitu,kami tidak mengingati kemenangan yang dikecapi oleh sekolah kami secara keseluruhan...sekian.....

Tuesday, 28 February 2012

-ISTIMEWA-

Assalamualaikum..
Sekolah lain mungkin sedang bercuti hari Sabtu ini tetapi sekolah kami masih  akan' beroperasi'.Sekolah kami akan menjalankan minggu peperiksaan Bulanan Mac ini...Kalau difikir-fikirkan sekolah kami ini boleh dikatakan istimewa juga..Sebabnya kalau pelajar-pelajar lain mungkin sedang beristirehat di rumah bersama keluarga tersayang...Sedang buat kerja rumah yang berlonggok...Tetapi tidak mengapa kerana itu masih dikira sebagai aktiviti yang berfaedah juga..Tolong ibu bapa,abang-abang,kakak-kakak,adik-adik dan lain-lain....Itu kan dikira pahala...Pahala bukan selalunya mudah dicari atau dikumpul...Tetapi dosa mudah dicari..BUKANKAH BEGITU.?Di kesempatan ini,kami ingin memberikan saranan dan kata-kata semangat kepada warga AlMashoor(P) ..Tambahan pula ini sudah menghampiri musim peperiksaan...

"Jika anda berhasrat untuk berjaya.jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki         tangga tersebut"
-HAMBA ALLAH-

RENUNG-RENUNGKANLAH.....
Sekian....
                                       

Ab0uT 0uR Sch0oL..



Add caption
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....
SMKA (P) Al-Mashoor merupakan sebuah sekolah yang agak tegas...Nama yang diberikan pun sek.agama mestilah peraturannya agak ketat... Walaubagaimanapun,pelajar-pelajar di sek.ini tetap ceria dan bersemangat waja..Insya-Allah!
Meskipun ada kemungkinan sesetengah orang yang mengatakan kalau sekolahnya strict mestilah pelajarnya serius dan sombong..Jadi di sini kami ingin memperbetulkan pandangan orang lain terhadap pelajar sekolah kami ini.. Dan tidak lupa juga mungkin akan ada orang yang mengatakan kalau pelajar sekolah agama ini mesti seperti alim atau malu terlampau dan dianggap seperti ustazah-ustazah memandangkan para pelajarnya mempunyai penampilan ala Muslimah...RENUNG-RENUNGKAN KATA-KATA INI:-
          "Berhati-hatilah dengan kemarahan seseorang yang sedang bersabar"
Tetapi tidak bermaksud kami marah dengan orang yang memanggil kami dengan gelaran Ustazah.Tambahan lagi,lagilah seronok dan gembira hati kami kalau ada yang memanggil kami dengan gelaran Ustazah..Mudah-mudahan gelaran Ustazah yang orang berikan kepada kami akan menjadi realiti..Amin!

Okay,kita kembali kepada perkara yang kami ingin berkongsi dengan semua warga Blogger..
Di sini kami ingin berkongsi juga mengenai salah satu keistimewaan sekolah kami yang sukar untuk dicari di sekolah-sekolah lain ialah pada setiap pagi,sekolah kami akan mengadakan tadarus secara berkumpulan..Dengan begini,dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakan...Mengenai infrastruktur di sekolah kami ini, ianya  mempunyai tiga tingkat,seperti sekolah-sekolah lain..Bangunannya terbahagi pulak kepada tiga blok...Dan bentuk bangunan sekolah kami ialah berbentuk U..Sekolah kami dilengkapi dengan kemudahan asas seperti di sekolah-sekolah lainlah..Seperti bilik guru,perpustakaan,tandas di setiap aras,dewan,kantin,bilik darjah,bengkel KH,bilik ICT dan gelanggang.Bercerita tentang gelanggang sekolah kami,ianya agak kecil dan agak sempit..Tetapi kami sangat bersyukur meskipun ada gelanggang sekecil itu..Lebih baik ada daripada tiada langsung..Buat pengetahuan semua sekolah kami terletak di Medan Lim Cheing Teik berhampiran dengan Jalan Burma,Georgetown di dalam daerah Timur Laut Pulau Pinang,Malaysia...



 Bercerita tentang guru-guru di sekolah ini pula,semuanya komited terhadap tanggungjawab masing-masing..Meskipun bilangan guru agak kurang iaitu hanya sebanyak lingkungan 50-60 sahaja,mereka tetap bersabar untuk memberi didikan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar mereka iaitu seramai 500-570 pelajar...Terima kasih di atas segala tunjuk ajar para guru SMKA(P)AlMashoor....Semoga hidup anda akan diberkati Allah...







Inilah wajah pengetua yang memimpin SMKA(P)AlMashoor sehingga sekolah ini membangun dan terbaik dalam pandangan orang luar.. 
Inilah Puan Hajah Solehah binti Awang..+-^




Sekian,daripada kami berdua,semoga menjadi tatapan semua warga Blogger..
Yang baik dan sempurna itu datangnya daripada Allah S.W.T,dan yang buruk dan lemah datang daripada diri kami sendiri...Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...Mudah-mudahan hidup anda semua disinari kebahagiaan...><