textspace


Wednesday, 2 May 2012

SALAM MUHIBBAH DAN SANTAI..

Assalamaualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....
Salam pertemuan!Sudah lama kami tidak menghantar postings yang baru...Almaklumlah,ada sedikit masalah teknikal..Di sini kami ingin berkongsi saat-saat manis sekolah kami...Iaitu kemenangan sekolah kami dalam Pertandingan Debat di peringkat negeri..Alhamdulillah pada hari ini,pasukan bahas sekolah kami sedang berhempas-pulas untuk memenangi pertandingan ini di peringkat kebangsaan pula..Bertempat di Skudai,Johor
Bahru..Pertandingan akan berlangsung selama lima hari,iaitu bermula daripada hari ini 2/5 hingga 5/5..Semoga kalian mengecapi kejayaan di sana dan semoga selamat tiba di sana...

Tidak lupa juga buat pasukan kawad kaki KRS sekolah kami telah memenangi pertandingan kawad kaki dan akan meneruskan perjuangan mereka lagi....Semoga berjaya dan mendapat kejayaan yang cemerlang..

Setakat ini sahaja coretan kami dalam posting kali ini..Kami berharap kami akan mendapat lebih banyak sambutan dan mendapat lebih ramai kenalan melalui laman web Blogger ini..Sekiranya ada apa-apa yang hendak dikongsi bersama kami,'Kecil tapak tangan,nyiru kami tadahkan'...Insya-Allah,kami sedia membantu dan mendengarnya....Sekian,Assamualaikum w.b.t & salam muhibbah...*-*

No comments:

Post a Comment